Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sambutan ulang tahun TYT diraikan mulai 8 Oktober depan

KUCHING, 28 September : Sambutan ulang tahun kelahiran ke-85 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan diraikan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 Oktober 2021 secara sederhana dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Utiliti yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sama seperti tahun lepas tiada majlis perarakan dan perbarisan diadakan susulan dengan pandemik COVID-19 yang masih melanda di negeri ini.

Menurut beliau, sambutan itu merupakan kemuncak acara tonggak Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun 2021.

“Sambutan akan dimulakan dengan majlis kesyukuran pada 8 Oktober di Masjid Jamek, Petra Jaya,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke- 85 Tuan Yang Di-Pertua Negeri di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Tambah beliau, antara tiga acara utama akan diadakan adalah Majlis Istiadat Rasmi di dataran perbarisan Dewan Undangan Negeri (DUN), Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di DUN dan Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Selain itu, pada 10 Oktober, Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib akan menghadiri Majlis Minum Teh di DUN diikuti dengan acara konsert ‘Irama dan Lagu’, yang dianjurkan oleh Sarawak Media Group di sebuah hotel terkemuka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan