Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PATI : 342 tangkapan di Sarawak setakat 27 September 2021

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Sept: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatatkan kejayaan bernilai RM6.17 juta dengan 342 kes yang melibatkan jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) seramai 235 orang setakat 27 September 2021.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata kesemua PATI tersebut ditangkap dalam Op Benteng yang bermula 1 Januari lepas.

“Jumlah tangkapan itu terdiri daripada 102 lelaki dan lima wanita warga negara tempatan, 196 lelaki dan 39 wanita warga negara Indonesia serta pengusiran seramai 626 orang yang terdiri daripada 518 lelaki dan 108 wanita warga negara Indonesia.

“Statistik kejayaan ini juga merangkumi jumlah tangkapan seramai 67 tekong darat melibatkan 61 warga tempatan yang terdiri daripada 60 lelaki dan seorang wanita selain seramai enam warga asing yang kesemuanya adalah lelaki warga negara Indonesia,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan lain-lain akta berkaitan.

PGA Briged Sarawak membuat pengusiran dalam dua kes berasingan pada 26 September lepas di mana kes pertama menyaksikan tujuh lelaki warga negara Filipina berusia antara 20 hingga 54 tahun diusir pulang di sekitar jalan tikus Kampung Masjid Baru, Merapok, Lawas.

Dalam kes kedua pula, seramai lima individu yang terdiri daripada seorang lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki warga negara Indonesia berusia antara enam hingga 41 tahun diusir pulang di sekitar Jalan Nanga San, Sibu.

Pengusiran dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan