Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerugian ribuan ringgit, gara-gara terpedaya dengan iklan jualan kereta

ByNur Suhaida Muliyono

LIMBANG, 28 Sept: Seorang lelaki kerugian ribuan ringgit selepas terpedaya dengan iklan jualan kereta di laman Facebook.

Pekerja swasta berusia 42 tahun itu mengalami kerugian yang mencecah RM3,600 selepas dia membuat tiga transaksi pembayaran.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata mangsa kemudian menyerahkan butiran maklumat peribadi seperti salinan kad pengenalan dan lesen memandu yang kononnya bagi tujuan dokumentasi pembelian kereta.

Menurutnya, kes seperti ini menunjukkan peningkatan yang ketara berdasarkan rekod sehingga September tahun ini.

Bagi September sahaja, sebanyak tiga laporan diterima oleh pihak polis Limbang yang melibatkan kerugian mencecah RM12,910.

“Sentiasa berwaspada dan semak dahulu sebelum membuat apa-apa pembelian secara dalam talian,” tegasnya.

Ditanya sama ada ketiga-tiga kes itu didalangi orang yang sama, beliau berkata siasatan masih dijalankan namun modus operandi yang digunakan dalam ketiga-tiga kes adalah sama.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan iklan-iklan sedemikian. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan