Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Wanita warga Indonesia ditemui maut terjatuh dari tingkat 29 di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 September — Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah pangsapuri dekat Gelang Patah, awal hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata mangsa Samsiyah Yakob, 66, ditemui tersangkut di tingkat 16, setelah terjatuh dari tingkat 29.

Beliau berkata mangsa yang merupakan pemastautin tetap itu, dipercayai tinggal di pangsapuri berkenaan bersama anak angkat mangsa berumur 13 tahun.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota, telah dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.58 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengangkat mangsa dari balkoni dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan tamat pada pukul 4.55 pagi tadi.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan