Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah terus catat penurunan kes

ByKhairil Zharif Affindie

Oleh : Ammierul Mukminin

SABAH, 27 Sept : Sabah hari ini mencatatkan penurunan kes yang agak besar dengan jumlah dibawah lapan ratus dan ini adalah satu jumlah terendah sejak 27 Julai 2021.

Kumulatif harian Negeri Sabah yang dicatatkan pada hari ini ialah sebanyak 751 kes dengan jumlah penurunan sebanyak (327) kes berbanding semalam.

Menurut Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, perubahan angka jangkitan yang direkodkan di setiap daerah masih tidak statik. Walau bagaimanapun, trend penurunan angka jangkitan hari ini adalah selari dengan jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu sebanyak 18 daerah, dengan cuma 6 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 3 daerah kekal mencatatkan jumlah kes sebagaimana angka semalam.

Kawasan bandar-bandar utama juga menunjukkan trend rekod yang baik di mana semua bandar utama merekodkan penurunan kes kecuali Kota Kinabalu dengan catatan 140  dan juga Semporna 12 kes.

 Antara 6 daerah yang merekodkan peningkatan kes pada hari ini, hanya Kinabatangan sahaja yang menunjukkan peningkatan signifikan iaitu 67 (+51) kes. Peningkatan yang agak tinggi ini adalah disebabkan oleh penambahan 46 kes baharu di dua kluster sedia ada di Daerah tersebut.

Daripada 751 kes yang didaftar hari ini, (302) kes adalah kes-kes lewat didaftar.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (366) kes, Saringan Bergejala (232) kes, (46) kes daripada Saringan Kluster, (1) kes dari Saringan Bersasar dan (106) kes melalui Saringan Lain-lain.

Kes-kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes-kes  jangkitan sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP dan penjagaan kesihatan diri. Hari ini 30.9% kes di Sabah adalah daripada kategori saringan bergejala. Pematuhan SOP adalah kunci utama penjagaan diri untuk mengelak daripada jangkitan virus Covid.

Daripada 751 kes yang berdaftar hari ini, (254) kes adalah pesakit dalam Kategori 1, Manakala (454) kes dalam Kategori 2, diikuti 5 kes dalam Kategori 3, dan 7 kes dalam Kategori 4 serta  4 kes dalam Kategori 5. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan