SARATOK, 27 Sept : Sebuah rumah hangus seratus peratus di rumah Chaong Engkerumai Ulu Roban di sini semasa semua penghuni rumah tersebut keluar bekerja.
Kejadian dikatakan berlaku pada jam 1.36 petang dan tiada kemalangan dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata kesemua ketujuh penghuni rumah tidak berada di rumah pada ketika kebakaran berlaku.
“Semasa kebakaran kesemua tujuh penghuni rumah tidak berada di rumah yang mana ada mereka yang bekerja dan ada yang berada di rumah panjang ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi TVS.
Pasukan bomba membuat pemadaman dengan membuka 1 aliran 400 kaki sumber air daripada jentera.
Seramai tujuh anggota terlibat yang diketuai oleh PBK II Mahda bin Mos.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.