Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RMK-12: Projek Kompleks CIQ Lawas bermula 2022

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 27 Sept : Projek jalan dari sempadan Ba’kelalan atau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) menghala ke Lawas akan memulakan pembinaan pada tahun 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi menjamin keselamatan dan meningkatkan hubungan ekonomi dengan Kalimantan, Indonesia.

Selain itu, tambahnya, Kompleks ICQS Tebedu dan Serikin, Sarawak juga akan dinaik taraf.

“Manakala di Sabah, pos kawalan sempadan yang baharu di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan, Sabah, akan dibina,” katanya sewaktu membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada masa sama beliau akan memastikan langkah yang lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh, dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin.

“Antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim.

“Selain itu, kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12,” jelasnya.

Dalam pada itu itu, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara juga akan diperkenal bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan selain terus memastikan kebajikan anggota tentera dan penguatkuasa terbela.

“10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMK-12,” ujarnya.

Tags: #bm, RMK12

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan