Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI ESOK - PM ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba di Bangunan Parlimen bagi membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

RMK-12: Penyediaan infrastruktur asas Sabah, Sarawak diperluas

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) mengulangi komitmennya untuk memperluaskan infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak.

Seperti yang diumumkannya pada Hari Malaysia, peruntukan berjumlah 7.7 bilion ringgit, iaitu 3.61 bilion ringgit  kepada negeri Sabah dan 4.09 bilion ringgit kepada negeri Sarawak disediakan bagi pelaksanaan JENDELA sepanjang tempoh RMK-12.

“Dengan peruntukan ini, liputan jalur lebar akan dipertingkat melalui pembinaan infrastruktur digital, termasuk pembinaan menara atau pemancar telekomunikasi.

“Sehingga Ogos 2021, sebanyak 2,645 infrastruktur digital siap dipasang di Sabah dan 2,117 di Sarawak,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan turut akan membina loji janakuasa baharu serta menaik taraf talian penghantaran Grid Timur-Barat Sabah bagi menambah baik bekalan elektrik.

“Projek pembinaan hidroelektrik Baleh di Sarawak dijangka siap pada tahun 2025,” tambahnya.

Dalam pada itu, perkhidmatan penjagaan kesihatan juga akan dapat dipertingkat setelah siapnya Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak selain pembinaan 26 buah klinik baharu untuk menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik desa di kedua-dua negeri.

Terdahulu, katanya, RMK-12 bermatlamat untuk mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19.

Berobjektifkan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK-12 bukan hanya untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan