Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Piala Malaysia: Terlalu awal untuk Sarawak puas hati

GEORGE TOWN, 27 Sept — Masih terlalu awal untuk Sarawak United FC berpuas hati dengan kemenangan dengan jaringan 3-1 pada perlawanan menentang Penang FC semalam, dalam saingan Piala Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Ketua jurulatihnya, E Elavarasan berkata pasukannya masih mempunyai lima perlawanan untuk menguji kemampuan anak buahnya, dalam saingan piala tersebut.

“Banyak yang kita belum tahu. Apabila bermain menentang pasukan daripada Liga Super, (permainan) di tahap yang berbeza. Untuk mereka (pemain) konsisten atau tidak, kita belum tahu,” katanya dalam sidang media malam tadi.

Namun begitu, beliau berkata tiga mata yang diperolehi merupakan permulaan yang baik dan mampu memberikan kelebihan dalam saingan kali ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata pasukan kendaliannya harus mengubah corak permainan, sebagai persediaan berdepan dengan Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini

“Pasukan harus memantapkan bahagian pertahanan dan di posisi sayapk, supaya kita dapat membawa pulang kemenangan dalam perlawanan yang akan datang,” katanya ketika mengulas kelemahan Penang dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau dalam masa yang sama mengingatkan anak buahnya bahawa prestasi cemerlang yang telah dilakar ketika saingan Liga Super 2021, akan menjadikan Penang sebagai pasukan tumpuan dan seteru untuk dikalahkan.

Diundi dalam Kumpulan A, Penang FC bakal menghadapi Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini, 29 Sept dan Sri Pahang FC pada 30 Okt akan datang.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan