Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nafuzi mahu kemenangan ke atas Kuching FC jadi pembakar semangat skuad penyu

KUALA NERUS, 27 Sept — Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain berharap kemenangan yang diraih ke atas Kuching City FC malam tadi mencetus semangat baharu untuk pemain terus mencipta kejayaan dalam perlawanan akan datang.

Selepas melalui empat episod kekalahan yang memilukan dalam saingan Liga Super yang telah pun melabuhkan tirainya awal bulan ini, Nafuzi mengakui anak buahnya amat mendambakan kemenangan bagi meneruskan perjuangan  dalam saingan Piala Malaysia.

“Kemenangan malam ini terutama pada aksi pembukaan saingan Piala Malaysia memang terasa begitu nikmat kerana kita telah alami empat kekalahan berturut-turut dalam perlawanan-perlawanan terakhir Liga Super yang sedikit sebanyak menjejaskan moral pemain.

“Walaupun persembahan malam tadi bukanlah aksi terbaik mereka (pemain), ia bagus untuk menyuntik kembali motivasi skuad Penyu,” katanya selepas perlawanan menentang Kuching malam tadi.

Skuad Penyu memulakan kempen Piala Malaysia musim ini dengan langkah kanan apabila mengatasi Kuching 2-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gol pertama TFC diperoleh melalui sepakan penalti oleh Lee Tuck pada minit ke-22 manakala gol kedua dihasilkan oleh pemain kebangsaan, Faisal Abdul Halim pada minit ke-48.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan Kuching Irfan Bakti Abu Salim mengakui terpaksa akur kepada Terengganu yang jauh lebih baik berbanding pasukannya.

Bagaimanapun pada masa sama beliau yang merupakan jurulatih paling ‘senior’ dalam Liga Malaysia amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang memberi tentangan habis-habisan sehingga ke minit terakhir bagi memastikan pihak lawan tidak menang mudah.

“Kami kalah kepada pasukan yang jauh lebih baik daripada kami. Mereka adalah pasukan Liga Super sementara kami adalah pasukan Liga Premier yang menduduki tangga kelima liga,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan