Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mujur telefon masih dapat dihubungi, mangsa mencari rebung selamat ditemui

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 27 Sept : Seorang lelaki yang disangka hilang ketika mencari rebung ditemui selamat selepas dapat dihubungi melalui telefon bimbit yang dibawa bersamanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Billy Kaya, 31 tahun dikatakan “hilang” oleh rakannya ketika mencari rebong semalam pada sembilan pagi Ahad.

Jurucakap Jabatan  Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berkata pihak bomba menerima panggilan pada 6.56 pagi tadi oleh rakan mangsa.

Menurut satu kenyataan Jabatan Bomba Penyelamat Batu Lintang , mangsa telah dapat dihubungi menggunakan telefon dan masih hidup, namun tidak menemui jalan keluar.

Beliau bagaimanapun berjaya menemui jalan keluar di kawasan kilang konkrit, Jalan Stephen Yong.

Operasi SAR telah dimulakan pada jam 7.35 pagi tadi.

Seramai 13 anggota bomba dan dua orang ahli keluarga mangsa serta Pasukan K9 digerakkan ke lokasi bagi membantu mengesan mangsa dalam operasi SAR.

Mangsa telah dijumpai oleh pasukan SAR pada jam 11.18 pagi dan jarak lokasi penemuan mangsa pada 2KM daripada pusat kawalan Bomba.

Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi lemah. Operasi SAR ditamatkan pada jam 11.56 pagi tadi.- TVS

Mangsa ditemui oleh kumpulan operasi SAR dalam keadaan selamat dan lemah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan