Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kehidupan kembali normal, mungkin dengan vaksinasi Covid-19 tahunan – CEO Pfizer

WASHINGTON, 27 September — Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla pada Ahad berkata dunia berupaya kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik COVID-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan.

“Saya setuju bahawa, dalam setahun, kita akan dapat kembali ke kehidupan normal. Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus … Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Tetapi kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan lihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.

Beliau berkata Pfizer akan segera menyediakan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) data berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, yang dikatakan telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur berkenaan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan