Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus – Bomba

SHAH ALAM, 27 Sept — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini  semalam

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat   berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

“Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4×5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat dengan paras air  setinggi 1.2 meter di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, dekat sini sekitar 5.09 petang semalam .

Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.

“Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan