Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penerbangan ihsan JBPM bawa pesakit COVID-19 Orang Asli ke HGM

GUA MUSANG, 26 Sept — Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan dengan membawa seorang lelaki Orang Asli yang positif COVID-19 ke Hospital Gua Musang (HGM) semalam.

Gernop Anak Merom, 57, dari Pos Dakoh, mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak tiga hari lepas dibawa ke HGM menggunakan pesawat Agusta AW189 yang berlepas dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada jam 12.44 tengah hari.

Pegawai Perhubungan Unit Udara JBPM Berpangkalan Wilayah Tengah Subang Mohd Farhan Marzuki berkata helikopter terbabit mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada jam 1.43 tengah hari.

“Kru membuat persiapan memakai peralatan perlindungan diri sebelum membawa pesakit itu bagi mengelakkan risiko jangkitan.

“Helikopter kemudian berlepas ke Pos Dakoh dan mengambil pesakit berkenaan pada 2.04 petang sebelum berpatah balik ke BBP Gua Musang pada 2.48 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Farhan berkata sebaik mendarat dengan selamat, pesakit yang dalam keadaan stabil telah dikejarkan ke HGM dengan Unit Bantuan Perkhidmatan dan Kecemasan (EMRS) bomba untuk menerima rawatan.

Katanya, penerbangan terbabit diketuai juruterbang Timbalan Penguasa Bomba II, Khirulnizam Jamalyddin bersama empat lagi kru.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan