Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembukaan operasi Hospital Sri Aman dipercepatkan, kurangkan beban Kuching

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Sept : Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempercepatkan pembukaan operasi Hospital Sri Aman, sekali gus mengurangkan bebanan di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya memahami gesaan Kerajaan Sarawak yang meminta pengoperasian hospital baharu itu dengan segera.

“Jika dilihat dari segi pembinaan bangunan, Hospital Sri Aman sudah bersedia untuk beroperasi.

“Namun, ia kini masih lagi dalam tempoh pengujian dan cubaan dan untuk ini saya telah meminta pihak kementerian saya untuk melihat potensi pembukaannya diawalkan.

“Mungkin tidak sepenuhnya beroperasi tetapi sekurang-kurangnya sesetengah bahagian dibuka bagi mengurangkan bebanan di Kuching,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan baharu Hospital Umum Sarawak serta Hospital Medan iaitu kerjasama dengan Mercy Malaysia, di sini, hari ini.

Pembinaan Hospital Sri Aman menelan belanja sebanyak RM192 juta dan melibatkan dua fasa pembinaan.

Mengulas perkara sama, Khairy juga menjangkakan hospital baharu Petra Jaya bakal dibuka menjelang 2024.

Hospital Petra Jaya ini katanya mampu memuatkan kapasiti sebanyak 300 katil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan