Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

COVID-19: Sarawak dahului kes harian tertinggi, 10 kematian baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Angka penularan kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dengan 13,104 kes dicatatkan berbanding semalam, 13,899 kes.

Lima negeri mencatatkan kes empat angka dengan Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,943 kes.

Ia disusuli Selangor dengan 1,558 kes baharu, Johor (1,455), Kelantan (1,206), Sabah (1,078), Perak (994) dan Pulau Pinang (955).

Di Sarawak 2,934 kes atau 99.69% terdiri daripada kes kategori 1 dan 2.

Sementara 9 kes atau 0.31% lagi melibatkan kes kategori 3,4 dan 5.

Kuching kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 810 kes, diikuti Sibu 377, Miri 324, Bintulu 179 dan Limbang 150.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat 10 kes kematian baharu dilaporkan membabitkan kes terkumpul sejak 16 September 2021.

Satu kluster baharu melibatkan kluster komuniti dikesan iaitu Kluster Sungai Poh, di Limbang.

Dalam pada itu JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 8 kluster telah diisytiharkan tamat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan