Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
U.S. FDA clears Pfizer COVID-19 booster for older and at-risk Americans
U.S. FDA clears Pfizer COVID-19 booster for older and at-risk Americans

Vaksinasi untuk remaja di Miri bermula hari ini

MIRI, 25 Sept — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri akan melaksanakanĀ Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia antara 12 dan 15 tahun di Bahagian MiriĀ bermula hari ini.

JPBB Miri dalam kenyataan hari ini berkata jadual pelaksanaan pemberian vaksin kepada golongan remaja berkenaan telah ditetapkan hasil perbincangan dan persetujuan Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Subis dan Baram bersama-sama Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

ā€œPemberian suntikan vaksin bagi remaja berumur 12 hingga 15 tahun ini akan diadakan di semua PPV (pusat pemberian vaksin) awam di semua daerah dalam Bahagian Miri bermula 25 Sept, manakala bagi pelajar sekolah di kawasan pedalaman, suntikan akan diberikan di PPV Klinik Kesihatan ditetapkan, dan (perinciannya) akan dimaklumkan kemudian.

ā€œRemaja berusia 12 hingga 15 tahun yang tidak bersekolah lagi pula boleh mendapatkan vaksinasi secara jumpa terus di mana-mana PPV Awam kecuali kawasan-kawasan pedalaman,ā€ menurut kenyataan itu.

JPBB Miri turut mengingatkan ibu bapa atau penjaga supaya menemani golongan remaja yang akan menerima vaksin serta membawa bersama borang persetujuan yang telah ditandatangani.

Jawatankuasa itu juga meminta ketua masyarakat mengenal pasti golongan remaja yang tidak bersekolah lagi di kawasan masing-masing dan memberikan maklumat melalui borang disediakan Pejabat Daerah untuk tujuan diselaraskan dengan PICK.

— BERNAMA

Tags: #bm, remaja, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan