Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Operasi PPV bergerak di Pasar Sentral Sibu tamat 22 Oktober

SIBU, 25 Sept — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Pejabat Kesihatan di Pasar Sentral Sibu akan ditamatkan operasinya pada 22 Okt ini.

Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Bahagian Sibu dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan operasi di PPV berkenaan akan ditamatkan secara berperingkat dan ia hanya memberikan suntikan dos pertama hingga 30 Sept.

PPV itu akan memberikan suntikan dos kedua antara 1 dan 21 Okt sebelum ditutup sepenuhnya pada 22 Okt.

“Individu yang belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 atau sudah mempunyai janji temu suntikan dos kedua (selepas 21 Okt) bolehlah datang ke Klinik Kesihatan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya untuk mendapatkan suntikan vaksin mereka,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan diminta menelefon atau menghantar pesanan WhatsApp ke hotline PPV di talian 019-8159608 atau CITF Bahagian Sibu di talian 016-7154991.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan