Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Kampung Debah’ akan terus dipertahankan dan ditambah baik

SARIKEI, 25 Sept: Beberapa buah kampung di Sarikei, khususnya di Jalan Pengiran Kadir, Jalan Drahman Keria dan Titian Simen, atau lebih dikenali sebagai ‘Kampung Debah’, akan terus dipertahankan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh, kampung-kampung ini akan dipertahankan dan ditambah baik dengan perancangan jangka panjang.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau turut menyatakan beliau telah mengarahkan pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) untuk merangka pelan jangka panjang bagi menambah baik kampung-kampung terbabit.

“Sehubungan itu, saya juga memikirkan bagaimana tanah ini dapat kita pertahankan dengan penambahbaikan dari segi nilai, harga tanah atau aset. Jika dilepaskan, ia akan hilang daripada genggaman kita.

“Saya telah mengutarakan perkara ini kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, semasa beliau melakukan beberapa lawatan ke Sarikei,” katanya seperti dipetik UKAS.

Len menambah, antara pelan yang dirancang termasuklah pembinaan tebingan sungai sepanjang dua kilometer dari Terminal 2 hingga Jambatan Sungai Sarikei. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan