Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Adventure Challenge bawa individu lengkap vaksinasi tawan Bung Muan, Bau

BAU, 24 Sept : Peminat sukan lasak dan mencabar yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 dipelawa menawan Bung Nuan dengan menyertai Sarawak Adventure Challenge 2021 edisi ke-5.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata lokasi yang dipilih amat bertepatan dengan sejarahnya sebagai sebuah kawasan pelancongan.

Bertemakan “The Evolution Trail”, Sarawak Adventure Challenge 5.0 akan dimulakan dengan acara flag-off di Bazar Siniawan dengan anggaran penyertaan seramai 250 orang dari seluruh negara.

“Laluan para peserta bukan semata-mata jalan hutan malah dipenuhi dengan pemandangan bahagian-bahagian di Sarawak yang luarbiasa.

“Kami dimaklumkan bahawa pihak penganjur iaitu Draco Action Sports bersama-sama penduduk kawasan sekitar telah meletakkan usaha yang baik dalam memastikan acara berjalan dengan sempurna dan selamat termasuklah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sesuai,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Sarawak Adventure Challenge, Robert Basiuk memaklumkan pihaknya masih mengekalkan dua acara iaitu berbasikal gunung dan larian, berlangsung selama sehari sahaja iaitu pada 7 November 2021 dan penyertaannya terbuka bermula hari ini (24 Sept).

Peserta yang berminat dipelawa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar di pautan www.sarawakchallenge.com.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan