Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengeluaran asap hitam berlebihan, lima pemilik kenderaan dikompaun

ByKhairil Zharif Affindie

SERIAN, 24 Sept : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak yang menjalankan Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (OPS GERAK) telah menahan sebanyak 1,378 kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh lima hari.

Hasil pemeriksaan, sebanyak lima kompaun atas kesalahan mengeluarkan asap hitam yang berlebihan dan tidak mengikut standard yang telah ditetapkan telah dikeluarkan.

Operasi tersebut dijalankan sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat negeri Sarawak dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam negeri Sarawak tahun 2021.

Jumlah kenderaan yang ditahan tersebut adalah bagi kenderaan berenjin diesel yang memperlihatkan OPS GERAK dijalankan selama lima hari bermula 20 September lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (JAS) Hamzah Mohamad berkata sebanyak 26 buah kenderaan diperiksa dengan terperinci selama lima hari.

“Sebanyak 26 buah kenderaan berenjin diesel telah diperiksa menggunakan meter asap yang siap dikalibrasi.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut sebanyak lima kompaun dan empat notis arahan telah dikeluarkan,” katanya pada Sidang Media OPS GERAK hari ini.

Tambahnya lagi JAS Sarawak bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan OPS GERAK ini di lima buah lokasi iaitu pada di Jalan Kuching-Serian Bypass pada 20 September , pada 21 September di Jalan Kuching-Samarahan Expressway, di Batu 16 pada 22 September Jalan Kuching -Serian dan di Jalan Keruing Demak Laut Industrial Park pada 23 September.

“Pada hari kelima iaitu pada 24 September di Stesen Timmbang JPJ Jalan Kuching-Serian, JAS Sarawak, PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut terlibat dalam operasi bersepadu ini.

“OPS GERAK secara berpandu ini akan diteruskan ke beberapa bandar lain di Sarawak,” katanya.

Jelas beliau operasi secara berkala ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan motor untuk sentiasa memantau pengeluaran asap hitam dari kenderaan atas faktor pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan.

Sementara itu, Hamzah turut menasihatkan pemilik kenderaan untuk menyelenggara kenderaan masing-masing dengan sempurna.

Dalam operasi yang sama juga PDRM dan JPJ masing-masing telah mengeluarkan sebanyak 20 kompaun atas pelbagai kesalahan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan