Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mangsa hilang menceritakan kisah dibawa makhluk halus

ByKhairil Zharif Affindie

BETONG, 24 Sept: Kehilangan seorang warga emas ketika mencari lokasi memukat di Wong Batu Sungai Lintang, Betong pada 22 September lepas kekal menjadi misteri setelah secara tiba-tiba keluar dari arah dapur rumahnya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi, pihak bomba sebelum itu telahpun memulakan operasi cari lamat (SAR) mangsa namun gagal menemui bayangan.

“Semasa pasukan bomba sedang membuat perancangan operasi untuk keesokan harinya bersama dengan penduduk kampung, mangsa tiba-tiba keluar dari arah dapur dalam keadaan selamat, cergas dan bermaya.

“Mangsa ini memberitahu bahawa dia telah tersesat sehingga ke kawasan air terjun Wong Sungai Bintang,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambah Vincent, mangsa ada menceritakan pengalamannya hilang dan telah dibawa makhluk halus.

“Sukar untuk kita percaya tetapi ia bergantung kepada fahaman masing-masing,” katanya lagi.

Operasi ditamatkan pada jam 8 malam Khamis.

Lokasi pencarian mangsa.
Tiada kecederaan mahupun luka pada badan mangsa.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan