OLD TRAFFORD, 23 Sept: Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjær diturunkan tanpa kelibat tonggak utama David De Gea dan Cristiano Ronaldo, tewas kepada West Ham United 1-0 dalam Piala Carabao pusingan ke-3
Beraksi dihalaman sendiri, barisan The Red Devils menurunkan penjaga gol kedua, Dean Henderson sebagai kesebelasan utama dengan De Gea direhatkan sementara.
Perlawanan bermula rancak seawal minit ke 9 apabila hantaran dari pemain pertahanan West Ham, Ryan Frederick, disempurnakan oleh Manuel Lanzini ke gawang tuan rumah.
Kedua-dua pasukan berhati-hati mengawal rentak dengan beberapa serangan dilakukan oleh tuan rumah namun keputusan terikat 1-0 pada separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, beberapa pertukaran pemain seawal minit ke 62 dengan pemain muda Manchester United, Mason Greenwood, dimasukkan menggantikan Juan Mata. Jesse Lingard juga dikeluarkan pada minit 72 untuk menggantikan Bruno Fernandes untuk memperkuatkan lagi serangan pasukan.
Beberapa percubaan berbahaya disumbangkan oleh Jadon Sancho namun cemerlang ditepis oleh penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.
Perlawanan berkesudahan 1-0 dengan West Ham melayakkan diri ke pusingan ke-4.
Berikut merupakan keputusan perlawanan Piala Carabao pusingan ke-3