Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rezeki si penjual aiskrim, kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak

Kebanyakan penduduk kawasan Matang yang sering mendengar loceng seakan-akan sudah mengetahui Jeff si penjual aiskrim bermotosikal berada berdekatan.

Masakan tidak, Jeff atau nama sebenarnya Samawi Bahar telah menjual aiskrim di kawasan teserbut sejak 23 tahun yang lalu.

Yang menariknya, beliau yang menetap di Kampung Paroh itu melihat sendiri pelanggan setianya dari kecil sehinggalah dewasa dan kini ada yang sudahpun menjadi ibu dan bapa.

“Kini anak-anak mereka pula yang membeli aiskrim daripada saya.

“Memang tidak ramai lagi yang menjual aiskrim menggunakan motosikal seperti saya zaman-zaman kini jadi kini menjadi suatu kelainan pula,” kata bapa kepada lima orang anak ini.

Jeff melahirkan rasa syukur kerana walaupun hanya dengan menjual aiskrim menggunakan motosikal, beliau mampu menyara keluarga dan membesarkan anak-anak yang berusia antara enam hingga 21 tahun.

Gambar: Jeff mengambil pesanan daripada pelanggan

Dia dahulu adalah seorang pekerja kontraktor dan memasang alat telekomunikasi secara kecil kecilan namun situasi berubah apabila rakan rakan sekelilingnya memujuk dia untuk mengambil bisnes aiskrim ini sebagai pekerjaan tetap. Lantas, dia memutuskan untuk menunggang motosikal dengan menjual aiskrim sebagai punca rezeki utama.

“Pada asalnya saya berjual aiskrim pada tahun 1998. Sebelum itu, pekerjaan saya hanyalah membaiki rumah dan memasang alat telekomunikasi dan ramai kawan saya yang turut menjual aiskrim menggunakan motosikal seperti saya namun kini hanya tinggal saya seorang sahaja.

“Yang seronoknya apabila dikerumuni anak-anak kecil yang nampak gembira tiap kali terdengar bunyi loceng kerana mahu membeli aiskrim.

“Begitu juga dengan yang dewasa, mungkin masih teringat noltalgia semasa mereka masih kecil ketika membeli aiskrim cara ini,” katanya.

Gambar: Salah satu aiskrim yang menjadi kegemaran pelanggan

Tambahnya, buat masa sekarang, beliau tiada perancangan untuk mencari pekerjaan lain kerana senang bekerja sendiri mengikut masa sendiri dan percaya rezekinya sememangnya menjual aiskrim.

Sepanjang menjual aiskrim dia hanya menjual di kawasan Matang dan Taman Malihah sahaja. Pelanggan utamanya adalah murid-murid sekolah rendah disekitar kawasan Matang.

“Sudah 23 tahun saya mencari rezeki dengan motosikal ini. Tiada apa yang berubah kecuali usia saya yang sudah mencecah separuh abad.

“Ada yang dahulu membeli sejak sekolah rendah dan sekarang sudah menjadi bapa orang, tiba giliran anaknya pula yang membeli.

“Sepanjang pandemik perniagaan agak terkesan disebabkan PKP kerana tidak dapat merayau seperti biasa.

“Lagipun sekolah tutup tapi kalau ada kelonggaran saya tetap akan keluar menjual,” kata Jeff lagi.

Tags: #bm, aiskrim

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan