Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu bapa lega anak divaksin, risau guru pula enggan divaksin

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 23 Sept : Walaupun lega dan bersyukur anak-anak mereka telahpun divaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, ramai ibubapa yang masih risau ekorang keengganan sesetengah guru untuk berbuat demikian.

Seorang bapa, Mohd Ali Omar meluahkan rasa syukur kerana beliau merasakan anak nya selamat selepas divaksin buat kali pertama kerana dapat melindungi anaknya.   

“Saya rasa bersyukur sebab anak saya dah selesai dos yang pertama jadi ada keselamatan sedikit untuk diridia dan untuk perlindungan diri dia,” katanya ketika ditemui di perkarangan tempat letak kereta di Kem Penrissen.

Manakala bagi Helen Achai yang juga merupakan suri rumah merasakan proses suntikan vaksin ini dapat mengurangkan risiko anaknya dijangkiti ketika pembukaan sekolah nanti.  

“Mengurangkan risiko sekiranya dia dijangkiti COVID-19 lepastu dia akan masuk ke sekolah dia akan lebih selamat dan terjamin,” katanya

Bagi Davis Lanjang, dia teruja membawa anak lelakinya, Dennis Marta mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Perasaan kami sekarang tok ok la bagus untuk kanak-kanak dan sekolah pun nak mula buka bagusla untuk jaga dia punya badan dari segi antibodi dia tu lah bagusla,” katanya ketika menemani anaknya di Pusat vaksinasi pandu lalu di Kem Penrissen.

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan ada juga guru yang enggan mengambil vaksin dan perkara ini masih dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan.

Bagi ibu bapa pula, mereka amat berharap guru-guru yang datang ke sekolah untuk mengambil vaksin supaya mereka tidak risau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Dalam pada itu, Helen Achai berharap supaya guru yang enggan mengambil vaksin agar dapat mengikuti saranan kerajaan kerana ini adalah untuk keselamatan semua.

“Itu terpulang kepada individu sebab kita juga tidak dapat memaksa seseorang, jadi untuk cikgu yang enggan mengambil vaksin diharap dapat ikut saranan kerajaan kerana ini adalah untuk keselamatan semua, bukan untuk keselamatan kita sebab dia juga mengajar anak anak di sekolah,” katanya lagi.

Bagi golongan pelajar pula mereka juga gembira apabila diberi suntikan vaksin kerana mereka dapat belajar bersemuka dengan guru di sekolah dan ada juga yang berharap supaya guru-guru yang tidak mahu divaksin agar jangan ambil mudah dengan penyakit covid-19.

“Perasaan saya pergi ke sekolah begitu gembira, saya dapat belajar balik di sekolah bersemuka dengan cikgu dan pandangan saya pada guru yang divaksin jangan ambil mudah pasal COVID-19.

“Ini kerana COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan saya harap guru-guru yang tidak mahu mengambil vaksin  harap dapatkan vaksin dengan kadar segera,” kata Merryleen Seda kepada TVS.

Program vaksinasi COVID-19 yang melibatkan anak anggota tentera darat dan anak kakitangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) Zon Sarawak yang telah bermula pada jam 10 pagi tadi di Renjimen Ke-4 Kor Amor Diraja, Kem Penrissen di sini hari ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByDayu Adruce-
ByKhairil Zharif Affindie-
ByKhairil Zharif Affindie-