Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hasidah alu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan

KUCHING, 23 Sept: Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali amat mengalu-alukan komitmen Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam memberi tumpuan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Katanya, ia dilihat bertepatan dengan dasar dan inisiatif kerajaan negeri Sarawak lebih-lebih lagi berkenaan pembangunan luar bandar.

“Ini memang bertepatan dengan dasar dan inisiatif kerajaan negeri untuk membangunkan negeri khususnya di luar bandar serta pembangunan ekonomi digital.

“Inisiatif untuk memberi peruntukan yang banyak ini amatlah kita alu-alukan kerana perkara seperti ekonomi digital adalah penting dalam usaha untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Mustapa dalam satu rancangan bual bicara berkata kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam RMK-12.

Mustapa turut menyatakan komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan terhadap janji berkaitan MA63 serta pembangunan Sabah dan Sarawak yang meliputi pembinaan jalan raya, hospital, sekolah dan digital.

Sehubungan itu, Hasidah berharap dengan terlaksananya inisiatif seperti ini, Sarawak akan terus menerima pembangunan serta pada masa sama berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduknya.

“Dengan peruntukan yang dijanjikan di bawah RMK-12 ini, termasuk komitmen untuk melaksanakan tuntutan di bawah MA63, kita mengharapkan pembangunan negeri akan terus diberi keutamaan dan dimantapkan untuk masa depan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan