Pulau Canary, 23 Sept: Penduduk kampung La Laguna di Pulau Canary, La Palma diberi tempoh sejam untuk berpindah pada hari Selasa ketika lava terus meletus daripada gunung berapi.
Ini ialah letusan gunung berapi pertama di darat dalam masa 50 tahun dan kira-kira 6,000 daripada 80,000 orang yang tinggal di Pulau Sepanyol terpaksa meninggalkan kediaman mereka setakat ini, kata penyiar TVE.
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak dan kelihatan menangis teresak-esak ketika dia meninggalkan kampung sambil duduk di atas perabotnya di belakang sebuah lori ketika dipindahkan.
La Palma dikejutkan dengan gegaran beberapa hari sebelum gunung berapi mula meletus pada Ahad yang lepas.