Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Geng Atok’ leka berjudi online ditahan polis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Sept : Keasyikan enam warga emas berjudi secara dalam talian di sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini berakhir apabila kesemua mereka ditahan polis dalam satu operasi petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menyerbu lokasi berkenaan kira -kira pukul 3.50 petang.

” Polis telah merampas pelbagai peralatan termasuk 12 unit telefon bimbit, satu unit tablet, satu set komputer dan wang tunai berjumlah RM925,”katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Muhammad Idzam, semakan mendapati premis berkenaan beroperasi 24 jam setiap hari dan dipercayai mula menawarkan kegiatan pejudian sejak seminggu lepas.

Salah seorang lelaki yang ditahan polis ketika leka berjudi di sebuah premis di Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur, petang semalam.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan merupakan rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 51 hingga 76 tahun.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan