KUCHING, 23 Sept — Hanya 15 daripada 1,766 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru serta memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN dalam kenyataan memaklumkan baki 1,751 kes tidak bergelaja dan bergejala ringan, justeru menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 190,609.
Selain itu, sebanyak 15 kes kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan, iaitu 13 kes dicatatkan antara 17 hingga 21 Sept manakala dua kes lagi direkodkan pada 22 Sept (semalam), sekali gus menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 725 orang.
Menurut JPBN empat kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Kampung Bunuk dan Kluster Kampung Bako di Kuching, Kluster Jalan Buan di Tatau serta Kluster Jalan Hospital di Sri Aman, menjadikan jumlah kluster masih aktif di negeri ini sebanyak 131.
— BERNAMA