Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Awas, jangan buat laporan palsu kena ragut -Polis Sentul

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Sept : Polis Daerah Sentul mengesan peningkatan kes laporan palsu membabitkan jenayah ragut di kawasan ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada awal tahun, kes yang dilaporkan tidak begitu ketara apabila hanya terdapat sekitar satu hingga dua kes sahaja.

Bagaimanapun katanya, trend berkenaan dilihat berubah kebelakangan ini.

“Sejak dua bulan lepas, polis Sentul mendapati terdapat antara lapan hingga sembilan kes laporan palsu berhubung kejadian ragut dilaporkan setiap bulan,” katanya kepada TVS.

Ditanya mengenai punca laporan palsu dibuat, Eng Lai berkata, siasatan mendapati kebanyakan pelaku berbuat demikian kerana kehilangan kad pengenalan.

” Mereka khuatir terpaksa membayar denda yang tinggi sekiranya memohon untuk membuat kad pengenalan baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Menurutnya, berdasarkan statistik , terdapat juga golongan wanita yang tampil membuat laporan palsu kononnya diragut dan hampir setiap minggu ada kes dilaporkan.

Ujarnya, setelah siasatan polis mendapati laporan berkenaan tidak tepat, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan pelaku dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi kenyataan palsu.

Difahamkan, polis daerah berkenaan juga telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan laporan kes ragut dan pengadu akan disoal siasat terlebih dahulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan