KUCHING, 23 Sept: Tindakan licik menjadikan sebuah restoran sebagai tempat operasi aktiviti perjudian akhirnya terbongkar apabila berjaya diserbu pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata pihak polis telah menahan dua orang suspek yang berusia 19 tahun yang diserbu dalam premis kedai makan yang berlainan di Batu Kawa, Kuching.
“Pihak polis telah melakukan dua tangkapan iaitu masing masing satu lelaki dan satu perempuan di kedua-dua lokasi.
“Kedua-dua lokasi kejadian ataupun tempat yang diserbu merupakan premis makan yang turut melakukan atau menganjurkan aktiviti perjudian di sebalik perniagaan bisnes atau jual makanan,” katanya ketika dihubungi TVS
Pada Rabu, seorang suspek lelaki berusia 52 tahun dan wanita 22 tahun telah ditangkap dalam serbuan di sebuah kedai makan di Batu 4 sekitar jam 1.26 petang.
Manakala dua lagi lokasi serbuan pada hari ini menyaksikan premis kedai makan di Jalan Datu Stephen Yong dengan tangkapan seorang remaja perempuan bersuai 19 tahun.
Turut dirampas adalah satu unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM300 dan satu keping kertas yang mengandungi Id pengguna dan kata laluan.
Manakala serbuan kedua pula juga di premis kedai makan Jalan Batu Kawa iaitu seorang lelaki warganegara tempatan.
Turut dirampas adalah satu unit telefon dan wang tunai berjumlah RM735.
Kes disiasat di bawah seksyen 4(1)(C) akta rumah judi terbuka 1953.