KUCHING, 23 Sept: Seramai 97 orang penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar Astana Negeri di sini, pagi tadi.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) kepada 13 penerima didahului oleh Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak Cawangan Bintulu, Edith Mason, kemudian diikuti senarai penerima seterusnya Kaunselor Anna Lau King Honng, Penghulu Wong Kie Ing, Tuai Rumah Puyu Tedong, Wong Ing Sing, Pemanca Jamel, Pemanca Enggah Muga, Pemanca Jamit Untam, Penghulu Surang Takin, Tuai Rumah Suring Timban, Tuai Rumah Layang Kesiaw, Tuai Rumah Anthony Ladi dan Tang Chung Hung.
Istiadat kemudiannya diteruskan dengan Pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) kepada seramai 39 penerima antaranya ialah Harris Jau Wan dan Martin Wong Ju Kung manakala antara 45 penerima Darjah Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.) ialah Mohammad Firdaus Abdullah dan Teo Chong Howe.
Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato Gerawat Gala dan isteri serta tetamu kenamaan lain.