Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket judi atas talian tumpas, 24 warga asing ditahan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Sept: Sejak dua bulan lepas, sebuah sindiket perjudian atas talian telah beroperasi dari sebuah unit pangsapuri tanpa dapat dikesan.

Namun, aktiviti sindiket itu akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa yang telah menyerbu lokasi berkenaan yang digunakan sebagai pusat operasi dan pengurusan judi atas talian atau ‘call centre’ di Jalan Datuk Tawi Sli, Kuching di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata seramai 24 warga asing yang merupakan operator pusat terbabit ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Tangkapan terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan, berusia antara 20 hingga 47 tahun.

“Mereka menerima bayaran gaji berjumlah RM1,500 sebulan dan akan diberi ganjaran bonus berdasarkan peratusan keuntungan yang diperoleh sindiket,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini.

Kesemua operator akan menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perjudian atas talian, termasuk aplikasi WhatsApp, Telegram, Wechat, Skype dan Facebook.

“Selain itu, mereka juga membuat panggilan kepada pelanggan untuk tujuan promosi,” dedah Aidi.

Sejak dua bulan lepas, ‘call centre’ yang mengaut keuntungan kasar mencecah RM2,500 sehari itu telah mula beroperasi untuk tempoh 24 jam.

Nilai keuntungan yang diperoleh bagi tempoh enam bulan adalah lebih kurang RM350,000.

“Antara yang dirampas ketika serbuan itu ialah 14 unit monitor komputer, 14 unit pemprosesan komputer (CPU), 17 unit telefon bimbit, router, modem dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk kegiatan tersebut,” ujarnya.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63.

Untuk rekod, operasi bagi menumpaskan sindiket perjudian atas talian ini telah diaktifkan sejak Jun 2021 dan sebanyak 19 serbuan ke atas pusat operasi perjudian telah dilakukan, yang membawa kepada 183 tangkapan.

Daripada jumlah tangkapan, 114 adalah warga tempatan terdiri daripada 81 lelaki dan 33 perempuan manakala 69 tangkapan adalah warga asing.

Sebanyak 15 kes telah dituduh dan dijatuh hukum manakala empat kes masih dalam siasatan. -TVS

Tags: #bm, #judi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan