SARAWAK, 22 Sept : Kes baharu COVID-19 dalam negara pada Selasa mencatatkan penurunan apabila merekodkan 14,990 kes berbanding 15,759 kes dicatatkan pada Selasa.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,142,924.
Hari ini pula Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan (2,414) kes diikuti Johor (1,880), seterusnya pula disusuli Sarawak dengan (1,712) dan Kelantan (1,573) kes.
Turut mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata di Sarawak 1,710 kes atau 99.88 peratus merupakan kes bagi kategori 1 dan 2.
Manakala dua kes atau 0.12 peratus terdiri daripada kategori 3,4 dan 5.
Melalui penurunan jumlah kes di Sarawak juga melihat daerah Kuching dengan kes harian tertinggi apabila 480 kes dicatatkan.
Ia diikuti Bintulu 321, Miri 167, Bau 152 dan Sibu 117.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut memaklumkan penurunan kes kematian iaitu satu kematian baharu membabitkan di Sri Aman yang mana semalam mencatatkan dua belas kematian.
Satu kluster baharu dikesan melibatkan kluster institusi iaitu kluster Batu 13 Jalan Puncak Borneo, Kuching.
Sementara itu enam kluster tamat melibatkan kluster Sebayur, Samarahan, kluster Kampung Bintawa Tengah, Kuching, kluster Jalan Pisang Raja, Bintulu, kluster Jalan Akses, Sri Aman, kluster Batu 25 Jalan Kuching Serian dan kluster Nanga Puti, Tatau.