Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah catat penurunan kes terendah pada Rabu

Oleh Ammirul Mukminin

SABAH, 22 Sept : Sabah mencatatkan trend penurunan Covid-19 hari ini yang merupakan angka terendah sejak 6 Ogos 2021.

Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,199 kes dengan penurunan sebanyak (92) kes berbanding semalam.  

Menurut jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan penurunan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 15 daerah mencatatkan penurunan.  

“Sebanyaj 11 daerah mencatatkan peningkatan kes, 1 daerah iaitu Beaufort, kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan 1 daerah iaitu Kuala Penyu mencatatkan sifar kes,” katanya.  

Kota kinabalu mencatatkan sedikit peningkatan yang tidak signifikan iaitu dengan catatan 150 kes.

“Tujuh kes yang melibatkan pekerja pelantar minyak offshore dicatat di daerah Kota Kinabalu.

“Kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Penampang, Kudat, Lahad Datu dan Tawau,” katanya lagi.

Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas dengan 30 kes, Telupid 20 kes, Tongod 19 kes dan Kinabatangan sebanyak 12 kes.  

Menurutnya daripada 1,199 kes yang didaftar hari ini, (479) kes adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (67) kes pula adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 12 kes adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.  

Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (720) kes, saringan bergejala (367) kes dan (112) kes melalui saringan lain-lain.  -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan