Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Piala Malaysia : Sarawak United FC cuba curi satu slot ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 22 Sept : Tumpuan Sarawak United FC kini beralih kepada saingan Piala Malaysia yang akan bermula hujung bulan ini sesudah berjaya mencapai misi layak ke Liga Super musim depan.

Ketua Jurulatihnya, E. Elavarasan bagaimanapun berkata, skuad Ngap Sayot sedar tugas mencabar yang bakal diharungi selepas mereka diundi dalam Kumpulan A bersama tiga pasukan Liga Super iaitu Pulau Pinang FC, Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Sri Pahang FC.

” Pulau Pinang FC walaupun ini tahun pertama mereka beraksi di Liga Super namun menamatkan saingan di tempat ketiga, kita hormati kemampuan mereka. Begitu juga KL City yang dibentuk semula di bawah kendalian Bojan Hodak, mereka menunjukkan aksi baik dalam liga,”katanya.

Katanya, Sri Pahang FC pula walaupun di kedudukan ke-10 liga, sudah pasti akan bangkit dan tampil berbeza di saingan Piala Malaysia memandangkan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman seperti Dollah Salleh.

Mengulas lanjut, Elavarasan berkata, Sarawak United FC akan memberikan persembahan terbaik dan berharap mampu mencuri sekurang – kurangnya satu slot yang ditawarkan ke peringkat suku akhir.

” Kita akan fokus setiap perlawanan terlebih dahulu. Di pihak pemain, saya tahu mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk mara sejauh mungkin,” katanya.

Berhubung pencapaian Naib Juara Liga Premier musim ini, Elavarasan berkata, pasukan itu telah berusaha bersungguh -sungguh untuk mencabar kejuaran dan beliau berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemainnya.

Sementara itu, penyerang Sarawak United FC, Sandro Da Silva berkata, beliau sangat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada barisan pemain yang berjaya membawa pasukan itu kembali bersaing di Liga Super musim depan.

” Sembilan bulan yang penuh dengan dedikasi, kerja keras dan disiplin. Barisan pemain dan kejurulatihan berkerja keras untuk mencapai sasaran,” katanya menerusi hantaran di Instagram selepas perlawanan terakhir malam tadi yang menyaksikan pasukannya diikat JDT II dengan keputusan 1-1.

Sarawak United FC tahun ini muncul Naib Juara Liga Premier di belakang Negeri Sembilan selepas mencatatkan 11 kemenangan, lima keputusan seri dan empat kekalahan dengan kutipan mata sebanyak 38. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan