Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MAQIS Pulau Pinang rampas makanan haiwan tanpa permit

ByFirdaus Ismail

BUTTERWORTH, 22 Sept : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk produk makanan haiwan tanpa permit semalam.

Menurut kenyataan MAQIS negeri, hasil pemeriksaan di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam, pihaknya menemukan kira -kira 2,700 kilogram makanan haiwan pelbagai jenis dari Thailand yang dianggarkan bernilai kira – kira RM85, 656 48.

” Perbuatan mengimport keluaran pertanian dan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Berdasarkan akta yang sama juga, jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100 000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu.

Antara produk kanan haiwan yang dirampas MAQIS negeri dalam serbuan di Butterworth.

Pada masa sama jelas MAQIS, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan