Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes harian positif COVID-19 terus menurun kepada 14,990 hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR,: Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menurun kepada 14,990 kes hari ini berbanding 15,759 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter memaklumkan dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712) dan Kelantan (1,573).

Turut mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Lima negeri lagi merekodkan kes COVID-19 tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170), manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 97 dan 30 kes, serta Labuan (tiga kes).

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan