Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-kanak perempuan cedera digigit kera

SEREMBAN, 22 Sept — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, pagi semlam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata kejadian berlaku pukul 8.40 pagi ketika kanak-kanak itu berada di halaman rumah apabila dia diserang seekor kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram.

“Kami menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa ‘anak buahnya’ diserang seekor kera. Susulan kejadian, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bertindak atas aduan, anggota Perhilitan telah menembak mati kera berkenaan yang ketika itu dilihat masih berada di atas pokok seberang jalan di hadapan rumah kanak-kanak berkenaan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan