Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Harga ayam seluruh negara menunjukkan penurunan

ByBernama

KUALA LUMPUR: Harga ayam di pasaran seluruh negara kini menunjukkan trend penurunan, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pemeriksaan pihak KPDNHEP mendapati, purata harga ayam adalah sekitar rm8.79 sekilogram, turun berbanding RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas.

Pengarah penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam memaklumkan berdasarkan pemeriksaan di 600 premis menjual ayam pada Selasa, 11 premis dikesan masih menjual ayam pada harga RM10 ke atas, 147 premis didapati menjual ayam pada harga RM9.50 ke atas, manakala 339 premis menjual harga RM9.50 ke bawah dan 103 premis RM8 ke bawah.

” Dengan cara membuat pemeriksaan dan perjanjian dengan pihak penternak, pemborong dan peruncit akan terus dilakukan untuk memastikan harga ini akan stabil dan kita amat menyanjung sebahagian daripada peniaga yang mengambil inisiatif sendiri dengan menurunkan lagi margin keuntungan mereka untuk menawarkan harga lebih rendah,’ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata KPDNHEP berpuas hati dengan kadar harga purata ayam yang dicapai di seluruh negara dan usaha berterusan pasukan penguatkuasa akan sentiasa dilaksanakan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan