Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hala tuju SMJ beri kesan positif untuk meyakinkan pelabur

ByKhairil Zharif Affindie

Oleh : Ammierul Mukminin  

KOTA KINABALU, 22 Sept : Kesan awal pelaksanaan daripada Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 pada (2021-2025) dapat dilihat melalui kejayaannya untuk meyakinkan para pelabur bagi tiga Sektor Fokus Utama Pertumbuhan Ekonomi Negeri pada 22 Mac 2021.  

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Sektor Pertanian telah membuka langkah pemulihan di mana Kerajaan Negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan sebuah syarikat pengeluar utama produk-produk berasaskan kelapa.  

Katanya, Inisiatif ini akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,250.

Tumpuan juga akan turut diberikan kepada usaha untuk meningkatkan sumbangan sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan dalam pengeluaran produk pertanian khususnya produk berpremium tinggi dan komersial untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan mengembangkan pasaran eksport.  

“Bagi sektor perindustrian, Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan industri berorientasikan eksport dan penggantian import sebagai salah satu langkah memulih dan melonjakkan pertumbuhan sektor tersebut,” katanya.  

Hajiji berkata lagi Kerajaan Negeri akan menyediakan pakej insentif pelaburan khas dan memastikan kos pelaburan di negeri ini kompetitif bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.  

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik beberapa pelaburan dalam sektor pembuatan.  

“Satu daripadanya ialah pelaburan baharu bernilai RM4.2 billion untuk membangunkan industri pembuatan kerajang tembaga (copper foil) di negeri Sabah.

“Sektor Pelancongan,  pembangunan Projek Lok Kawi Resort City dengan nilai pelaburan berjumlah RM7 billion akan mewujudkan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan apabila pembangunan projek ini siap sepenuhnya” katanya disini Dewan DUN hari ini.  

Beliau mengulas bahawa kerajaan menyedari bahawa industri pelancongan mempunyai rantaian dan impak langsung terhadap pemborong, peruncit dan pembekal makanan, rangkaian hotel sehinggalah petani dan nelayan, manakala di pihak kerajaan pula dari segi cukainya.  

Selain itu jelasnya, Hajiji berjanji Kerajaan Negeri akan melaksanakan promosi pelancongan yang lebih agresif, menyelenggara produk dan destinasi pelancongan sedia ada, memperkasa infrastruktur dan kemudahan asas pelancongan.  

“Serta meneroka tarikan dan peluang baharu khususnya kepada pelancong domestik memandangkan ketika ini penerbangan antarabangsa agak terhad,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan