Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cadangan perbaharui definisi penduduk pribumi Sarawak disambut baik

KUCHING, Sept 22: Cadangan bagi usul untuk memperbaharui definisi penduduk pribumi Sarawak dalam Perlembagaan P ersekutuan disambut baik oleh Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kata beliau, usaha menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Dan Persekutuan Dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali itu mampu memperhalusi hak-hak negeri yang masih banyak perlu diatur.

“Ini adalah satu cadangan yg baik kerana bagi saya Perlembagaan Malaysia itu banyak yg perlu dibuat pindaan dan harapan saya dengan adanya menteri yang melihat berkenaan dengan perlembagaan di pusat supaya dapat menghalusi terutama sekali berkenaan dengan hak-hak negeri yg perlu banyak diatur.

“Kenapa tidak diatur dahulu, saya pun kurang pasti tapi teruskan supaya ia dapat menunjukkan apa yg betul berkenaan dengan butiran-butiran persetujuan yang telah dipersetujui antara apabila kita menubuhkan Malaysia,” kata beliau.

Tambah beliau, jika definisi tersebut dapat diperhalusi, ia sudah tentu menjadi satu pengiktirafan kepada satu-satu bangsa dan penggunaan bangsa lain-lain seperti sebelum ini tidak akan lagi diguna pakai/.

“Kalau dahulu kita anggap sebagai hanya lain-lain sahaja.

“Sekurang-kurangnya ia diperhalusi supaya identiti satu-satu bangsa itu menyerlah.

“ Saya percaya tidak ada bangsa yang suka dianggap sebagai bangsa lain-lain sahaja, kalau isi borang lain-lain. Untuk memberi supaya bangsa itu dihormati,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Dialog Seni Perdana di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Selasa lepas,  Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Dan Persekutuan Dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengatakan definisi semasa bagi penduduk Pribumi Sarawak tidak menggambarkan dengan tepat gambaran sebenar Sarawak yang mempunyai pelbagai bangsa.

Selain itu, Hasidah turut meminta bantuan Majlis Adat Istiadat bagi melengkapkan senarai yang spesifik dan lengkap berkenaan penduduk Pribumi Sarawak agar tiada yang kecicirian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan