Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ADUN Tellian sumbang oximeter untuk kegunaan individu kontak rapat

ByLuqman Muhammad

MUKAH: Sebanyak 25 unit Pulse Oximeter disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tellian Yusibnosh Balo kepada pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.

Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin berkata, sumbangan unit oximeter ini adalah bagi tujuan dan kegunaan pemantauan tahap kandungan oksigen kontak rapat yang dikuarantin di kediaman mereka.

“Kita akan pinjamkan Pulse Oximeter ini kepada mereka yang dikuarantin di rumah sepanjang tempoh kuarantin,” katanya ketika majlis ringkas penyerahan sumbangan unit Pulse Oximeter di Pejabat Daerah Mukah pada Selasa.

Katanya lagi bacaan oksigen amat penting untuk diketahui khususnya dalam kalangan warga yang berisiko tinggi.

“Melalui pemantauan ini, pengesanan awal gejala terus dapat dipastikan,” ujarnya lagi.

Simbolik penyerahan itu telah disempurnakan oleh wakil ADUN Tellian, Kaunselor Felix Pieng.

Dalam pada itu Dr Huzaimah memberitahu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang membabitkan remaja berusia 16 tahun dan 17 tahun di daerah tersebut diteruskan untuk dos kedua bermula 30 September ini.

“Ia melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima yang telah menerima suntikan dos pertama sebelum ini,” kata Huzaimah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan