Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

AADK rawat 47,863 penagih dadah bagi Jan hingga Ogos 2021

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Sept : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya memberi rawatan pemulihan kepada 47,863 orang klien bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, walaupun AADK turut berdepan kekangan dalam melaksanakan tugas akibat beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini, namun rawatan kepada klien tidak terjejas.

” Usaha memberi rawatan dapat diteruskan dengan cara yang lebih kreatif termasuk meningkatkan penggunaan teknologi bagi memastikan semua klien mendapat akses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan Hari Kepulihan AADK Kebangsaan 2021 secara dalam talian hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan AADK kini sedang menyediakan draf Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 yang telah lapuk.

” Sebelum dibentangkan di Parlimen, KDN akan memberi waktu yang mencukupi kepada pemegang taruh, pihak berkentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan akta baharu itu merangkumi aspek perundangan yang komprehensif dan tersusun dan seterusnya klien dapat menerima rawatan sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu Hamzah berkata, kementerian juga berharap permohonan peruntukan RM10 juta melalui Belanjawan 2022 untuk aktiviti pemulihan bekas klien di seluruh negara dapat diluluskan kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan