Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

954 kompaun dikeluarkan bernilai hampir RM5 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 954 kompaun dengan nilai RM4.97 juta dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung kegagalan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Antara kesalahan yang dikesan adalah peniaga gagal mempamerkan had kemasukan pelanggan, premis dan pelanggan tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi mysejahtera dan gagal memakai pelitup muka.

Pengarah penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata tindakan itu diambil dalam pemeriksaan penguatkuasaan KPDNHEP di 803,705 premis sejak 13 Mei sehingga selasa, mengikut akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (akta 342).

Tindakan kompaun serta-merta yang dikenakan adalah sebagai mesej kepada peniaga mengenai keseriusan dan komitmen kpdnhep dalam melaksanakan ops samar di seluruh negara.

“Berdasarkan pemantauan yang telah kami laksanakan..13 Mei sehingga semalam kadar pematuhan agak tinggi sebenarnya iaitu 98.79 peratus itu kadar pematuhan yang telah dilaksanakan oleh peniaga-peniaga kita ..kalau kita lihat PKP 1,PKP2 PKP3, bilangan kes dia agak terkawal,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pemeriksaan di beberapa premis di sekitar Putrajaya pada Selasa.

Kebanyakan kes kompuan dihasilkan di negeri-negeri Lembah Klang berikutan kadar bilangan premis yang agak tinggi berbanding negeri lain.

Tambah Azman, KPDNHEP telah menggerakkan 2,262 anggota penguatkuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan