Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

57 mangsa melibatkan 18 buah keluarga terjejas banjir di Sipitang

oleh Syah Hairizal Kamalul Arifin

KENINGAU, 22 Sept: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Mini Mesapol, Sipitang meningkat susulan hujan lebat pada awal pagi Selasa.

Setakat Rabu seramai 57 orang mangsa melibatkan 18 buah keluarga telah dipindahkan ke PPS terbabit.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan hujan lebat pada Selasa telah mengakibatkan paras air Sungai Mengalong dan Lukutan meningkat.

Limpahan air yang berlebihan dari kedua-dua sungai terbabit telah menyebabkan kampung-kampung berdekatan dinaiki air.

Paras air sungai setakat ini dicatatkan menurun namun mangsa masih ditempatkan di PPS ekoran beberapa jalan utama yang masih dinaiki air.

Jalan-jalan yang masih belum boleh dilalui adalah Jalan Luagan Sindumin, Jalan Skim Sindumin, Jalan Banting Sindumin dan Jalan Pelakat Kelamauh.

14 buah kampung masih terjejas banjir antaranya Kg Menengah Ulu Sipitang, Kg Sungai Tiga, Kg Naluyan dan Kg Bebangkol Mesapol.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan