Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penampilan sulung anak David Beckham, Romeo melakukan debut pertama

Anak sulung pemain lagenda England, David Beckham, Romeo telah mulai mengikuti jejak langkah ayahnya dengan pemain berusia 19 tahun itu melakukan debut bola sepak profesional untuk pasukan simpanan Inter Miami pada hujung minggu lalu.

Anak kepada pemain lagenda Manchester United dan bekas kapten England, bermain untuk kelab peringkat ketiga, Amerika Fort Lauderdale dengan perlawanan berkesudahan seri 2-2 dengan South Georgia Tormenta pada hari Ahad.

Gambar: Penampilan bersama Harvey Neville

Romeo Beckham menerusi laman Instagram beliau, berpuas hati dengan penampilan pertamanya bersama Fort Lauderdale dan ingin terus fokus ke perlawanan seterusnya.

Fort Lauderdale merupakan pasukan simpanan Inter Miami, kelab Major League Soccer yang dimiliki bersama oleh David Beckham.

Pemain tengah remaja itu turut bermain bersama Harvey Neville, anak kepada ketua jurulatih Inter Miami, Phil Neville. Neville dan Beckham merupakan rakan sepasukan di kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan