Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS tidak beri ruang PN memasuki Sarawak

KUCHING, 21 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi ruang kepada parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana parti komponen dari Semenanjung tidak sewajarnya bertanding pada PRN Sarawak.

Katanya lagi, rakyat Sarawak hanya mahukan parti tempatan untuk mentadbir negeri Sarawak.

“Dari dulu sehingga sekarang, hanya parti anak Sarawak yang mentadbir negeri ini.

“Itulah sebabnya kenapa GPS tidak menyokong PN memasuki Sarawak walaupun kita bekerjasama di peringkat perseketuan,” katanya selepas menghadiri sidang media pelaksanaan alternatif Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Narawak.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut meminta parti luar Sarawak untuk menghormati keputusan GPS.

Walaupun sebelum ini GPS telah bekerjasama dengan PN di peringkat persekutuan, jelasnya, gabungan yang dibentuk oleh empat parti tempatan tetap menjadi entiti yang berasingan di peringkat negeri.

“Kita bukannya di dalam PN, tapi kita hanya rakan politik mereka yang mana sebelum ini PN+GPS.

“Itupun hanya di peringkat persekutuan dan bukannya di peringkat negeri, ” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan