Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

HSN2021 peringkat Negeri Sarawak disambut secara hibrid

KUCHING, 21 Sept: Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Sarawak yang akan disambut pada 10 Oktober depan turut menggunakan pendekatan secara hibrid memandangkan penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sambutan terbabit akan turut dilakukan serentak di seluruh Negeri Sarawak yang melibatkan semua daerah dan bahagian.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberi arahan di setiap bahagian negeri Sarawak mesti mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang melibatkan sukan pada 10 Oktober nanti ,” katanya pada satu sidang media berhubung pelaksanaan alternatif HSN2021 Peringkat Negeri Narawak di sini, pada Selasa.

Tambahnya lagi, pelaksanaan HSN2021 adalah bagi memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif walaupun di kala negara dilanda pandemik COVID-19, dengan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Menurut Abdul karim, pengisian aktiviti sepanjang sambutan HSN2021 adalah semua jenis sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan sama ada berbentuk pertandingan, pertunjukan dan riadah.

“Ia adalah bagi memastikan peserta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi yang berkuatkuasa semasa yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan