Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas antara ditahan terlibat sabung ayam

ByNur Suhaida Muliyono

JULAU, 20 Sept: Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan sabung ayam di kebun kelapa sawit di sini.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintenden (DSP) Andam Sulin berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 35 hingga 75 tahun itu ditahan pihak polis dalam satu serbuan sekitar jam 2 petang pada Ahad di Jalan Sungai Pakan.

“Lima ekor ayam sabung hidup, satu unit alat penimbang, satu keratan kotak tertulis angka-angka dan satu bilah taji ayam turut dirampas pihak polis dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua suspek juga dikompaun RM1,500 setiap seorang, di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Julau dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963.

“Pihak PDRM khususnya IPD Julau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti sabung ayam dan tindakan tegas akan diambil,” tegas beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan